Wednesday, June 29, 2011

TUMULAKSS FC 2011

Penang  Isnin 27 Jun 2011 Team yang di beri nama TUMULAKSS fc telah berjaya menewaskan team RSD FC dengan jumlah jaringan di luar jangkaan 12-0.Ini adalah terjadi kerana komitmen dari setiap pemain Tumulakss dan semangat juang yang tinggi.Gol2 dijaringkan oleh Baim 5 gol Sharif 2 gol Zul(Joe) 2 gol Amir 1 gol Apek 1 gol dan Adi 1 gol.
 Perlawanan kedua Team Tumulakss akan berlangsung pada hari khamis ini 30 jun 2011.Sepak mula akan bermula selewat2nya 6:30 petang.Team Tumulakss akan bertemu team dari MBO (Shaktar Donetsk).

Kanser Payudara Dan Deodorant



SAYA DAH CHECK…DEODORAN NIVEA YANG STIK (KERING), TIADA AC (Aluminium Chlorhydrate).
TAPI YANG JENIS ROLLING/BASAH MMG ADA AC..
CUBA TRY CHECK DEODORANT BRAND-BRAND LAIN YANG BERBENTUK STICK..RASANYA TAKDER AC.
SO, BEWARE..
Kanser Payudara Dan Deodorant 
Aluminium Chlorhydrate, untuk selanjutnya saya singkat menjadi AC. AC terdapat dalam Nivea Deodorant sensitive without alcohol dan juga dalam Dove Deodorant Silk Dry (tutup emas), tidak didalam Dove fresh touch, juga rexona men xtreme.
Baru2 ini saya menghadiri sebuah seminar tentang kancer payudara. Waktu soal jawab, saya mengajukan pertanyaan tentang, mengapa bahagian ketiak adalah tempat dimana paling sering perkembangan kancer payudara terjadi.
Waktu itu pertanyaan saya tidak dpt dijawab dan akan diberi jawapan kemudian hari. Selang beberapa waktu, saya menerima pos, dimana ada keterangan/jawaban atas pertanyaan saya. Keterangan atau jawaban itu ingin saya informasikan kepada anda semua.
Penyebab utama untuk kancer payudara adalah karana pemakaian produk2 ANTI-TRANSPIRANTEN (= anti peluh). Kebanyakan produk yang ada dipasaran merupakan kombinasi dari anti-peluh dan deodorant. Produk Deodorant sendiri tidak berbahaya.
Mohon periksa bahan2 apa saja yang tertera dikemasan produk2 deodorant anti-peluh anda dirumah! Jika mengandung AC, SEGERA BUANGLAH, seperti. Rexona dan Dove Deodorant. Cuba menggunakan lain yang tidak mengandung bahan AC ini.Biar mahal sedikit asal tidak mudarat kpd kesihatan kita.
Alasannya adalah sederhana: Hanya beberapa bahagian dari tubuh kita yang dapat mengeleminasi zat2 racun, iaitu bagi. belakang lutut, belakang kuping, diantara kaki dan
ketiak. Zat2 racun ini dikeluarkan dalam bentuk peluh.
Produk2 anti-peluh mencegah peluh keluar. Dengan menggunakan deodorant anti-peluh, zat2 racun tadi tidak boleh dikeluarkan dari dalam tubuh, melainkan tertumpu di kelenjar getah bening dibawah lengan. Asal kanser payudara kebanyakan ditemukan di area bagian atas payudara.
Laki2 tidak sepeka wanita terhadap type penyakit ini. Meskipun laki2 menggunakan produk2 anti-peluh, bahan2 produk ini biasanya tinggal melekat dipermukaan ketiak dan tidak langsung masuk kedalam kulit.
Kaum wanita yang setelah mencukur bulu ketiak dan terus menggunakan produk anti-peluh lebih banyak risikonya, karana lewat luka2 kecil yg mungkin terjadi akibat mencukur bulu ketiak. bahan2 kimia yang ada dalam produk anti-peluh bisa lebih cepat masuk kedalam tubuh.
Rupa-rupaanya setelah di periksa, saya pn memakai deodorant yg mempunyai AC. Saya terus buang dan akan berhati hati ketika memilih deodarant selepas ini.
Tolong sebarkan hal ini kepada semua laki2 dan perempuan yang anda kenal atau pun xkenal. Kanser payudara kian hari mencapai jumlah yang membimbangkan

Tuesday, June 28, 2011

MALAYSIA VS TAIWAN (Kelayakan Piala Dunia)

Harga tiket:RM30(Grandstand),RM20(Terbuka),RM5(Kanak2 bwh 12 thn).Tiket dijual pd 29/6/2011 jam 3pm di pintu kuning.
LIVE DI Astro Arena (Nadi Sukan Malaysia)..JOMMMM GEGARRR Stadium Nasional Bukit Jalil..esok skuad terbaik diturunkan..siapa lg nak sokong klu bukan kita..InsyaAllah skuad HarimauMalaya berjaya berkat sokongan dan doa kita semua..JUMPA DI SANA!!!!!!

Location: STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
Time: ‎8:30PM Wednesday, June 29th

Saturday, June 18, 2011

Air liur kucing pembawa maut


Air liur kucing pembawa maut
Oleh Hafizah Iszahanid (bh)

KUCING dilihat sebagai binatang peliharaan yang manja dan sentiasa
dibelai. Bagaimanapun kucing juga boleh menyebarkan kuman “Bartonella
Henselae” (B.henselea) yang jika membabitkan komplikasi akan
menyebabkan kematian.

Dikenali sebagai cat-scratch disease (CSD) (penyakit cakaran kucing),
ia penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia
menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing. Ia
dikesan sejak awal 1900.

Kuman B.henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira
jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing
bertindak sebagai ‘pembawa’. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing
tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki
kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada B.henselea berbanding
kucing dewasa.

B.henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul
ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan,
pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang
berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.

CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana
ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah
kepada B,henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan
CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.

Secara umumnya kata Pakar Perubatan Am dan Respiratori Hospital
Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fazilah Ahmad, kebanyakan rakyat Malaysia tidak
mendapatkan rawatan doktor jika terkena gigitan atau cakaran kucing.
Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat. Di sana
saban tahun 24,000 orang dilaporkan mendapatkan rawatan akibat gigitan
atau cakaran kucing.

Begitupun, tidak mendapatkan rawatan bukan masalah besar jika tidak
timbul sebarang komplikasi. Apatah lagi CSD secara umumnya bersifat
tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.

Selepas dicakar atau digigit, lazimnya, luka atau bengkak pada
bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta
merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara tiga ke 10 hari. Kesannya
merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.

“CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika
berlaku komplikasi, mungkin membawa maut, apatah lagi jika yang
terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV,
barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid,” katanya.

Dr Fazilah berkata, jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan
sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, rawatan perlu
diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan untuk
mengeluarkan nanah.

FAKTA
GEJALA
1) Demam
2) Letih
3) Sakit Kepala
4) Hilang selera makan. Kurang lima peratus berhadapan dengan
komplikasi yang teruk berikutan kekurangan daya imun tubuh.
5) Bengkak yang sangat sakit dan tidak surut dalam tempoh yang lama.

Golongan Berisiko
1) Kanak-kanak
2) Warga tua
3) Pesakit barah
4) Pesakit HIV
5) Penghidap diabetes
6) Pesakit yang mengambil steroid
7) Mereka yang membela dan gemar membelai kucing.

Diagnosa dan Rawatan
Tiga jenis ujian untuk mendiagnos CSD
a) Ujian kulit
b) Ujian darah
c) Ujian B.henselea (menggunakan cecair atau tisu dari kelenjar limfa
yang bengkak)
Secara umum ia bukan penyakit yang serius dan tidak memerlukan rawatan
tetapi bagi pesakit yang berhadapan kelenjar limfa yang membengkak dan
sangat sakit, antibiotik diberikan. Jika kelenjar bernanah, pembedahan
kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

Komplikasi CSD
1) Jangkitan kuman pada kulit otak atau pada otak (meningitis dan
encephalitis). Ia berlaku pada tiga hingga lima peratus pesakit yang
dijangkiti.
2) Radang pada retina mata

Dapatkan rawatan jika;
a) Cakaran atau gigitan tidak sembuh dalam tempoh dua ke tiga minggu
b) Kawasan gigitan bertukar merah dan membesar dua hari atau lebih
selepas ia terjadi
c) Demam berpanjangan untuk beberapa hari selepas terkena cakaran atau gigitan
d) Kelenjar limfa yang membengkak dan sakit lebih dari dua atau tiga minggu
e) Sakit sendi atau tulang, sakit perut (muntah atau cirit-birit
tetapi tidak demam
f) Berasa sangat letih lebih dari dua atau tiga minggu

Cegah CSD
1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap kali selepas memegang
kucing anda perlu membasuh tangan.
2) Hati-hati membelai kucing
3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak kutu
4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh.

So harap semua penggemar kucing trutama amik perhatian n note ye...


Sharing is carring