Monday, January 3, 2011

ASTRO taja RM 220 juta Liga Malaysia

Liga M dapat tajaan lumayan RM220 juta



PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat suntikan penajaan baru empat tahun yang lumayan bagi Liga Malaysia mulai musim ini yang berjumlah RM220 juta, apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.
Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun, manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang, tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton secara percuma.
Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata: "Astro merupakan salah satu daripada bakal penaja yang membida dan kami putuskan untuk memilih mereka sebagai rakan kongsi dan rakan media dengan memberikan hak tertentu perlawanan Liga M termasuk hak penyiaran."
Namun katanya, "tidak bermakna Astro Media akan menjadi penaja kejohanan tetapi mana-mana syarikat yang mahu membuat urusan penajaan, boleh berunding dengannya yang turut menjalankan pemasaran Liga M dengan Malaysia Super League (MSL).
"Kedudukan RTM (sebelum ini penyiar rasmi liga) tidak akan terjejas malah semua saluran TV lain termasuk yang percuma malah media baru seperti TV internet boleh bekerjasama dengan Astro dan RTM bebas untuk berunding mengenainya melalui Astro Media.
"Selain itu kami akan tubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang memantau kerjasama ini kerana keuntungan lebih RM30 juta bakal dikongsi bersama FAM dan Astro Media," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa MSL selepas mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Telekom Malaysia (TM) sebelum ini menjadi penaja Liga M dengan sumbangan kira-kira RM9 juta setahun kepada FAM sepanjang dua penggal penajaan dari 2002 hingga 2010 yang dijadualkan berakhir pada 26 Januari ini.
Annuar juga menjelaskan bahawa Astro Media mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam membantu FAM dari segi mengukuhkan kedudukan kewangannya selain membantunya melaksanakan usaha pembaharuan terhadap Liga M dalam tempoh empat tahun.
"Penajaan ini cuma berkaitan Liga M iaitu Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Presiden tetapi Astro Media cuma diberikan hak rakan media bagi kegiatan pasukan kebangsaan, pembangunan belia dan wanita mahupun kejohanan lain yang dicipta FAM," katanya.
Katanya, hak penyiaran Astro juga bukan bererti hanya stesen TV satelit itu yang boleh menyiarkan perlawanan Liga M, kerana FAM tetap akan cuba menggunakan pendekatan di Eropah, yang turut membenarkan stesen TV lain menayangkan perlawanan lain yang berlangsung serentak.
"Jika ada enam atau tujuh perlawanan yang dimainkan serentak, mengapa hanya satu perlawanan yang ditayangkan? Penajaan ini juga sebenarnya tidak mengenakan sekatan sebegitu atau seperti Astro sahaja yang mendapat hak eksklusif penyiaran Liga M.
Tegasnya, FAM menjangkakan kesan penajaan ini terhadap Liga M, bakal dirasai secara berkala walaupun mungkin agak terhad tahun ini, lebih menyerlah pada 2012 sebelum berjaya ditransformasikan sebagai salah satu liga terbaik di rantau ini pada 2014.Utusan Malaysia

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011



Muka Depan Harian Metro


Hahahahaha kreatif betoi orang yang buat nie

Hitler Kecewa Indonesia Kalah

Rupa-rupanya Hitler minat Team Indonesia...hahahahhaha....kalau nak tau tengok video nie:-


Thursday, December 30, 2010

Hari Jumaat 31 DEC 2010 Malaysia Cuti

Najib Isytihar Jumaat Ini, 31 Dis Sebagai Cuti Umum
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.
Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.
Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.
Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.
– BERNAMA





Wednesday, December 29, 2010

WE ARE THE CHAMPION

OLEEE OLEEE OLEEE OLEEE KITA JUARA....KITALAH JUARA................


PASUKAN MALAYSIA LAYAK DIANUGERAHKAN INI:-



PERMAIN TEBAIK PERLAWANAN
KHAIRUL FAHMI (APEK)

PERMAIN PALING BERNILAI
NORSHARUL IDLAN TALAHA

PENJARING TERBANYAK PERTANDINGAN
MOHD SAFEE SALI

apa-apa pun sekalung tahniah buat team malaysia kerana menjuarai PIALA SUZUKI AFF 2010.








Upin Ipin Anak Harimau