Sunday, January 23, 2011

RADIO GEMPAK: Football Live Streaming Video

RADIO GEMPAK: Football Live Streaming Video

Saturday, January 22, 2011

Logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011


BAYANGAN logo baru Liga M yang akan dilancarkan Rabu ini.



REKA bentuk logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 hanya akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu depan.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, pelancaran logo itu akan dibuat ketika sesi taklimat pasukan berlangsung, Rabu ini.
"Pada 26 Januari ini (Rabu) kita akan adakan satu perjumpaan dengan wakil semua pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk sesi taklimat berhubung peraturan dan perjalanan Liga M musim ini.
"Logo baru Liga Super dan Liga Perdana juga akan kita perkenalkan pada hari tersebut. Saya rasa masih sempat untuk setiap pasukan tampal terus patch logo tersebut di jersi masing-masing," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ditanya tentang beberapa contoh reka bentuk dikatakan logo baru Liga M 2011 yang tersebar di laman sosial Facebook dan laman web kelab-kelab penyokong bola sepak tempatan sejak beberapa minggu lalu, Annuar berkata, ia merupakan antara reka bentuk cadangan.
"Memang ia merupakan antara sample logo untuk kita muktamadkan. Kita juga melihat reaksi dan komen peminat tentang logo-logo tersebut. Apa pun logo rasmi yang dipilih akan didedahkan Rabu ini.
"Tentang siapa pula title sponsor untuk Liga M 2011, itu terpulang kepada Astro untuk mengumumkannya," jelas Annuar.
Astro menjadi rakan penaja baru Liga M selama empat musim dari 2011 hingga 2014 menggantikan Telekom Malaysia Berhad (TM), penaja utama Liga M selama tujuh musim dari 2004 hingga 2010.
Bagaimanapun kontrak FAM bersama TM hanya akan berakhir pada Rabu ini dan atas sebab itulah FAM hanya boleh mengumumkan title sponsor baru selepas tarikh tersebut.
Saingan Liga Super bermula 29 Januari ini dengan tujuh perlawanan menyaksikan Selangor bertemu Kelantan di Shah Alam, Terengganu bertemu Sabah, Kuala Lumpur bertemu Perak, Johor FC bertemu Felda United, Kedah bertemu T-Team, Negeri Sembilan bertemu Harimau Muda A dan Pahang bertemu Perlis.
Liga Perdana pula bermula 31 Januari membabitkan lima perlawanan iaitu USM bertemu PDRM, ATM bertemu MP Muar, PKNS bertemu Sime Darby, Johor bertemu Pos Malaysia dan Pulau Pinang bertemu Sarawak manakala aksi Harimau Muda B bertemu SDM Navy berlangsung sehari selepas itu.-Kosmo

Wednesday, January 19, 2011

Perlawan persahabatan Perlis vs Kelantan 18-1-11

PERLAWANAN MUHIBAH,PIALA YB.DATO SERI DR.SHAHIDAN BIN KASSIM.

PERLIS 0 - 2 KELANTAN

                                                          VS

Tuesday, January 18, 2011

The Green Hornet (2011) TS (RMVB & MKV)

"Playboy Britt Reid (Seth Rogen) becomes the new publisher of Los Angeles’ “The Daily Sentinel” after the sudden death of his father. Britt’s party life is about to change when he and his driver and kung fu expert, Kato (Jay Chou), stop a robbery. With the help of Kato, Britt starts a new career of fighting crime as the masked superhero “The Green Hornet”" ... 

The Green Hornet [Mediafire] eSZack Part 1 
The Green Hornet [Mediafire] eSZack Part 2 
The Green Hornet [Mediafire] eSZack Part 3

Wednesday, January 12, 2011

Mancing Di Tuas Yan Kedah 12-1-11


Ikan Pecah  periuk 5.5kg berjaya di tumpaskan oleh Zidane.Tengok muka ada senyum....



 Hasil 12-1-11 kurang memberasangkan


Sunday, January 9, 2011

Kelantan Mendapat Khidmat Nicholas Chan


Nicholas Chan, 19 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan anak kepada pemilik kelab yang beraksi dalam Liga Divisyen Satu di England iaitu Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee.
Nicholas Chan memulakan karier beliau sebagai pemain bola sejak berumur 15 tahun dimana ketika itu beliau menuntut di Sekolah Sri KDU dengan menyertai kejohanan Piala Gothia di Sweden.
Selain pernah mencuba nasib bersama kelab West Ham dan Burnley, tumpuan peminat bola sepak Kelantan malahan peminat bola sepak di negara ini pasti terarah kepada kelibat Nicholas Chan dalam pentas Liga Malaysia musim depan.