Namun statistik itu langsung tidak membimbangkan penyerang utama Malaysia, Safee Sali yang mahu meleburkan rekod cemerlang penjaga gawang Indonesia berusia 29 tahun itu.
Malah Safee, 26, turut menganggap benteng pertahanan Indonesia tidaklah begitu kuat untuk dibolosinya pada aksi final timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini dan di Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu depan.
"Pentas final ini merupakan peluang terbaik Malaysia setelah kita tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung 1 Disember lalu.
"Saya tahu harapan yang diletakkan di bahu saya cukup tinggi selepas saya menjaringkan dua gol ketika menewaskan Vietnam 2-0 di Bukit Jalil minggu lalu.
|
|
"Apa pun saya mengharapkan sokongan daripada rakan sepasukan lain terutama Norshahrul. Tidak kiralah siapa yang menjaringkan gol, yang penting Malaysia berjaya mengatasi Indonesia.
"Bagi saya, pertahanan Indonesia tidaklah begitu kebal sebenarnya kerana saya tak nampak keistimewaan mereka di posisi tersebut berbanding jentera serangan mereka," kata Safee.
Setakat ini, penyerang utama Indonesia yang 'diimport' dari Uruguay, Cristian Gonzales mendahului senarai penjaring terbanyak dengan tiga gol.
Namun Safee, Norshahrul dan penyerang gantian Malaysia, Amri Yahyah masih berpeluang bergelar penjaring terbanyak apabila masing-masing sudah menyumbat dua gol.
Turut berpeluang, lima pemain Indonesia yang juga sudah menjaringkan dua gol iaitu Irfan Bachdim, Bambang Pamungkas, Muhammad Ridwan, Arif Suyono dan Firman Utina.Petikan dari Kosmo
cehhhh......harimau pulakkk.. =))
ReplyDeletewoittt..diam-diam la...nanti org tau..kekekeke
ReplyDelete