Thursday, December 23, 2010

Maybank2u.com

Maybank2u.com

Wednesday, December 22, 2010

RTM siar final secara langsung

 
RADIO Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF 2010 di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perlawanan dijangka bermula pada jam 8 malam.

“Ya, kita mendapat pemerhatian awam bahawa ini bukan pertandingan bola sepak biasa. Ini pertandingan yang mendapat perhatian nusantara, sebab itu kami berusaha menayangkan siaran langsung,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya (IB) 2011, semalam.
Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.

Pada aksi separuh akhir lalu, RTM menyiarkan siaran langsung hanya 30 minit selepas permainan berlangsung dan ini menimbulkan perasaan kurang senang peminat bola sepak.

Final kedua akan berlangsung di Jakarta, Rabu depan. - Bernama.
                                                                                
                                                      VS 
                                                                                              





                                                                        

                                                                                    
                               

Tuesday, December 21, 2010

PDRM - ANNOUNCEMENT

Discounts on PDRM summons still applicable. Please check your summons now.
Click here to check outstanding PDRM summons.
Click here to check if your paid summon has been cleared in PDRM.
(Please be informed that it may take up to 48 hours to update your transaction with PDRM)

To check and pay PDRM summons, please login.
Effective 1st December 2010, PDRM is offering an incentive on compound rates for all types of   
traffic summons issued –
  1. All summons issued on or before 30th November 2010 :
    • A rate reduction from the original compound
  2. All summons issued after 30th November 2010 :
    • Summons settled within 15 days will be offered a 50% incentive from the original compound
    • Summons settled within 16 to 30 days will be offered a 30% incentive from the original compound
    • Unsettled summons within the 30 days ARE NOT entitle for an incentive and will be immediately black listed.

Click here to register.

    Malaysia Vs Indonesia

    HANYA dua pemain, iaitu penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha dan pertahanan Thailand, Suree Sukha berjaya membolosi kekebalan penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina sepanjang kempen Piala AFF Suzuki 2010 setakat ini.
    Namun statistik itu langsung tidak membimbangkan penyerang utama Malaysia, Safee Sali yang mahu meleburkan rekod cemerlang penjaga gawang Indonesia berusia 29 tahun itu.
    Malah Safee, 26, turut menganggap benteng pertahanan Indonesia tidaklah begitu kuat untuk dibolosinya pada aksi final timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini dan di Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu depan.
    "Pentas final ini merupakan peluang terbaik Malaysia setelah kita tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung 1 Disember lalu.
    "Saya tahu harapan yang diletakkan di bahu saya cukup tinggi selepas saya menjaringkan dua gol ketika menewaskan Vietnam 2-0 di Bukit Jalil minggu lalu.

    PENJAGA gol Indonesia, Markus (kiri) tampil dengan aksi cemerlang setakat ini.


    "Apa pun saya mengharapkan sokongan daripada rakan sepasukan lain terutama Norshahrul. Tidak kiralah siapa yang menjaringkan gol, yang penting Malaysia berjaya mengatasi Indonesia.
    "Bagi saya, pertahanan Indonesia tidaklah begitu kebal sebenarnya kerana saya tak nampak keistimewaan mereka di posisi tersebut berbanding jentera serangan mereka," kata Safee.
    Setakat ini, penyerang utama Indonesia yang 'diimport' dari Uruguay, Cristian Gonzales mendahului senarai penjaring terbanyak dengan tiga gol.
    Namun Safee, Norshahrul dan penyerang gantian Malaysia, Amri Yahyah masih berpeluang bergelar penjaring terbanyak apabila masing-masing sudah menyumbat dua gol.
    Turut berpeluang, lima pemain Indonesia yang juga sudah menjaringkan dua gol iaitu Irfan Bachdim, Bambang Pamungkas, Muhammad Ridwan, Arif Suyono dan Firman Utina.Petikan dari Kosmo

    Monday, December 20, 2010

    MALAYSIA KE AKHIR PIALA AFF SUZUKI 2010

    Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas terikat 0-0 dengan Vietnam pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Sudah Cukup untuk  Ke Perlawan Akhir  dengan agregat 2-0.

    Pada peringkat akhir pertama Indonesia bakal menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember ini.




                                                                                           


    Intro Sikit pasal aku

    Nama Penuh Adihaminoor Bin sharif. Asal dari Perlis Indra Kayangan.Berumur 33 tahun dan sudah mendirikan rumahtangga.Di Blog ini saja saya nak berkongsi tentang Isu-isu semasa dalam Sukan tanahair dan sedikit hobi saya ketika ini.