Sunday, January 9, 2011

Kelantan Mendapat Khidmat Nicholas Chan


Nicholas Chan, 19 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan anak kepada pemilik kelab yang beraksi dalam Liga Divisyen Satu di England iaitu Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee.
Nicholas Chan memulakan karier beliau sebagai pemain bola sejak berumur 15 tahun dimana ketika itu beliau menuntut di Sekolah Sri KDU dengan menyertai kejohanan Piala Gothia di Sweden.
Selain pernah mencuba nasib bersama kelab West Ham dan Burnley, tumpuan peminat bola sepak Kelantan malahan peminat bola sepak di negara ini pasti terarah kepada kelibat Nicholas Chan dalam pentas Liga Malaysia musim depan.

No comments:

Post a Comment